Monday, 9 January 2012

IKAN TENGGIRI MASAM MANIS

Hari ini saya telah memasak satu masakan yang amat digemari oleh anak-anak saya iaitu IKAN TENGGIRI MASAM MANIS.


SEDAPNYE SEHINGGA MENJILAT JARI!!!!



BAHAN-BAHAN:
2 Ketul ikan tenggiri
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
5 sudu besar sos cili
Sedikit tomato @
Sedikit cili @
Sedikit bawang besar @
sedikit nenas @
Sedikit timun @
Sedikit gula dan garam secukupnye

CARA-CARA MEMBUAT:

  • 1. Goreng ikan tenggiri terlebih dahulu,angkat dan tos minyak.
  • 2. Sementara itu, tumis bahan kisar sehingga naik bau lalu masukan sos cili.
  • 3. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan yang dipotong kecil dan gaul sebati.
  •    Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • 4. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah di goreng tadi.


    * Bahan yang perlu di kisar.
    @ Bahan yang perlu dipotong kecil.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!